Tuesday 7 April 2015
PENGENALAN SEKOLAH
SEJARAH
SEKOLAH SJK(T) LADANG HUNTLY
Pada
tahun 1940 sehingga 1945 hanya seramai 50 orang murid yang belajar di
sekolah ini. Angka ini bertambah pada tahun 1951 kepada 60 orang murid. Pada
tahun 1953 kawasan sekolah ini telah diperbesarkan kepada 45x30 kaki persegi
dengan kerjasama pihak majikan dan pekerja Ladang Huntly. Semasa kerajaan Tanah
Melayu mengambil -alih pentabdiran sekolah ini pada tahun 1959, sekolah ini
digelar sebagai SRJK (T) Ladang Huntly.Sekali
lagi kawasan sekolah ini telah diperbesarkan kepada 80x25 kaki persegi dengan
bantuan kerajaan Negeri Perak. Bilangan murid dan guru juga telah
bertambah.Lembaga Pengelola Sekolah telah mengambil alih pentabdiran dari
Lembaga Pengelola Ladang mulai tahun 1957. Pada 18-1-1974 Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah ditubuhan bagi mengeratkan
hubungan antara pihak sekolah dan ibubapa.
Subscribe to:
Posts (Atom)